Posted in Latest News

Yang tak berpenghujung.

Alhamdulillah. Minggu ni dapat balik kampung. Sebab tiba-tiba rasa teringat pada ayahanda bonda melambung-lambung 😊 Terus book ticket dan pulanglah anakanda sehelai sepinggang 🀣

Aku selalu terfikirkan apalah warna dunia kelak bila suatu hari nanti Allah ambil semula semua yang aku sayang. Dalam doa, biar aku yang pergi dulu. Ya. Memang selfish dan sangat pentingkan diri. Sebab aku takut tak mampu. Tak mampu untuk berhadapan dengan situasi itu. Biar jauh manapun berjalan, tetaplah hati yang satu pada kedua orang tuaku. Tak sungguh seluang melaut katanya.

Dengan Baba, pergilah ke mana mahu pergi. Asal tetap hati. Dengan Mama, soalannya lebih sedikit. Harus pergi seramai mungkin. Asal di jalan kelak boleh saling berteman. Ke mana saja. Ajaibnya, setiap kali aku mahu pergi jauh, terasa lapang dengan doa-doa mereka. Biarlah data melambung-lambung 3-4 angka asal aku dapat bercakap dengan mereka. Ya begitulah, aku mahu rindu yang sama setiap masa.

InsyaAllah bulan 9 kelak cadangnya mahu keluar lagi. Ke tempat yang Mama juga bertanya buat kali kedua. Aku sungguh mahu ke sana. Entah. Tak ada sebab cuma rasa mahu pergi dan lihat. Bagaimana orang-orang di sana membina dunia mereka apa adanya. Moga Allah rezkikan lapang waktu dan jiwa. Aminnn.

Minggu lepas saja bermacam-macam berita melanda tempat kerja. Kesemuanya melibatkan bos-bos yang aku sayang dan hormat. They were there, congratulating me on my first promotion. Yang memberi semangat dan tunjuk ajar yang bukan sedikit. Yang mengajar aku menyebut expensive brands. Ya hanya mampu menyebut πŸ˜… Hakikatnya, syukur aku yang selalu adalah kerana dipertemukan dengan mereka. Tegas tapi mesra. Moga Allah gantikan dengan yang lebih baik hendaknya. Pagi tadi juga baru terima khabar suatu kematian yang aku sama sekali tidak menjangka. Pengurus Besar Commercial Banking. Usianya masih muda dan Allah memanggil pulang sekelip mata. Moga Allah kurniakan syurga atas segala jasa-jasamu selama hayat masih ada. Aminn.

Dan barangkali benar, yang tak berpenghujung itu, rindu.

Advertisements
Posted in Latest News

Kisah serawa durian.

Subhanallah. Rezeki melimpah ruah bila berpuasa. Ya perjalanan nak habiskan puasa 6 dari seorang perempuan yang imannya senipis kulit anggur 🀣 Ada saja makanan sampai. Ikan bilis sedap dan paling latest serawa durian. Baru semalam weii sebut2 nak makan tiba2 hari ni terus ada sahabat bawakan. Aduhh slurpyyy πŸ€—

1C5D4F2B-CA15-4CB1-AC5F-5B943C05C97D

Saya bukanlah peminat betul durian tapi ada masa akan terasa mahu makan. Episod pulut durian, serawa durian hanya datang bila dia datang 🀣 Ok la nikmat yang tak boleh disia-siakan. Mama punya pulut persis makan di Ayuthaiyya. Gitu. Ya sebenarnya kalau mak2 lain yang buat agak kureng seleranya 🀣

Malam ni random post sahaja. Sebab masih memikirkan apalah keputusan periksa ni. Macam tunggu SPM zaman dahulu kala. Moga Allah rezekikan lulus aminnnn πŸ€“

Posted in Latest News

Fitrah.

Memikirkan keputusan paper kedua Bank Management sangatlah menyesakkan. Nak pula Malaysia hari ini menyaksikan terlalu banyak berita-berita yang menggila. Pakcik kahwin budak-budak. Pengasuh yang tidak capable untuk handle seorang bayi, gejala nafsu songsang yang semakin berani di media sosial..Ya Allah, akhir zaman yang sangat menduga.

Fitrah manusia itu sama. Asas fitrah untuk berkasih sayang. Tapi jangan sampai songsang. Songsang yang membunuh iman dan hidup. Apa kamu mahu dilaknat Tuhan seperti kaum Nabi Luth? Apa kamu terlalu berani dan tidak gentar dengan janji Tuhan terhadap nafsu songsang yang dihasut syaitan itu? Demi Allah saudara2ku, lawanlah bisikan2 yang jahat dan sesat itu. Saban hari kaum2 ini terang-terangan berani mengaku menyerupai perempuan dan bahkan berbangga dengan gelaran itu. Sungguh aku tidak mahu menyumpah kalian. Bahkan berdoa moga Allah tunjukkan jalan. Aku ini perempuan. Aku mahu hidup aman. Tanpa dicabar fitrah dan iman. Tanpa saban hari perlu berfikir andai Tuhan betul mahu meletakkan balasan dan menguji seperti negara-negara yang sedang berperang di medan, mana lagi tempat mahu aku tujukan. Iman kita nipis kamu tahu. Turun naik mengalahkan bursa saham selepas pilihanraya. Aku tahu kamu kaya. Dan aku juga takut mungkin itu juga istidraj. Allah sedang menguji kita dengan nikmat dalam nikmat. Sehingga kamu lupa, bukan Allah tidak membalas. Bahkan balasan itu ditangguhkan di Hari Perhitungan.

Aku berfikir apa mahu dijawab di depan Tuhan. Apa yang telah aku buat untuk menolak satu cubaan normalisasi terhadap kehidupan. Aku menolak sesungguh hati dan menentang dengan lisan. Kadang aku kasihan melihat agamawan. Tersepit antara teguran dan melawan kebatilan. Kamu selalu mahu yang baik-baik datang dari agamawan. Mahu ditegur secara sembunyi walaupun maksiat yang kamu lakukan itu terang-terangan. Dengan hikmah pintamu. Sampai satu tahap, aku sendiri percaya mungkin lebih sesuai bertegas dari dianggap terlalu menjaga hati kalian. Dan kalian kelihatan seolah-olah mangsa yang tersepit dengan keadaan. Nahh lantas peluang perniagaan kembali luas di depan. Katanya, itulah fitrah yang harus dihormati. Kegilaan apakah ini? Fitrah apa yang menghalalkan kerosakan menyeluruh dalam generasi masa depan? Apa benar terlalu nipis iman kalian? Dunia ini sementara saudara. Sampai masa, kita kembalikan semuanya pada Tuhan.

Aku sayangkan kalian. Sebagai saudara. Maka untuk itu, doaku selalu bersama kalian selagi kalian sendiri mahu keluar dari jalan gelap itu. Keluarlah. Cahaya didepanmu akan bawa kamu pada Tuhan. Keluar.

Posted in Latest News

Karya.

Ada orang direzkikan dengan kelebihan pandai berkarya. Dengan menulis. Cemburu rasanya. Boleh berbahasa Melayu dan Inggeris dengan baik sekali. Dan ada yang bahasa Arabnya juga lancar. MasyaAllah makhrajnya umpama bercakap sambil mengaji πŸ˜…

Hajat dihati mahu fasih berbahasa Arab. Tapi dah berhenti sebelum habis hafal ‘matan’. Sayang sekali tak teruskan kelas Arab. Kalau di rumah boleh practice dengan Baba dan abang2 ipar. Ke laut juga perancangannya 🀣

Lega rasanya. Akhirnya, tamat sudah paper Bank Management. Berbulan menghadap formula dan fakta. Moga Allah rezkikan lulus. Aminnn. Doakan ya? Pagi sebelum exam, terus drive ke Monterez Golf Club di Shah Alam. Terjun pool. Bila dalam air, rasa lebih selamat. Lebih luas dan tenang. Tak ada berat dan beban yang perlu ditanggung. Biru. Sebiru langit hari esok harapannya.

Sebetulnya, it’s been a very long and tough week since last month. Mungkin juga sebab terlalu rindukan Ramadhan. Dan gagalnya diri sendiri memahami dengan baik konsep Short Term Interest Rates, SWAP, Futures and Option. Ya, kesemuanya adalah mukadimah wajib andai mahu menjadi Professional Banker.

Dan hari ini juga untuk pertama kalinya selepas sekian lama, bercakap dengan Mama tanpa suara. Dan hebatnya taraf bonda, hanya dengan sebutan Mama sudah tahu apa yang mahu ditanya. Mungkin juga Allah mahu mengajar hamba erti ikhlas. Memberi tanpa harap dibalas. Aduh jihad yang hampir tersungkur andai tak punya sahabat-sahabat baik yang mendokong. Barangkali apa yang ada didepan itu lebih baik berbanding apa yang ditinggalkan. Moga Allah hadiahkan syurga buatmu Mama. Tak pernah walau sekali bertanya soalan-soalan yang perlukan jawapan diluar skema. Selalu saja ada kata-kata yang menenangkan. Pesan Mama, maafkan semuanya. Lepas. Biar tak ada yang terpendam dan terhutang. Lepas. Penatnya memegang janji dari seorang ibu juga hanya Allah yang tahu. Ibumu. Itu jualah yang dipesan Mama. Santun pada mana-mana Ibu jangan pernah terhilang atas batas waktu. Dan keadaan. Selagi mampu, simpan. Hidup dengan baik-baik. Masa depan, untuk menguatkan. Kadar baik dan jahatnya orang, bukan kita yang kawal. Jangan membalas. Jangan mengira-ngira mahu berkeras dengan keras. Tinggalkan debat, walaupun kita yang benar. Untuk sebuah istana dalam syurga sebagai mahar.

When others go low, we go high.

Posted in Latest News

Ramadhan yang berbaki.

Alhamdulillah, sudah 25 Ramadhan. Cepat masa berlalu umpama pusing belakang terus tak nampak apa2. Sebab terlalu cepat. Rasa macam baru hari pertama sahur. Hadoii πŸ€¦πŸ½β€β™€οΈ

Nak dijadikan cerita next exam on Bank Management jatuh pada 1 July 2018. Ya nak, betul-betul lepas raya. Maka, tahun ni akan beraya sambil hafal “When interest rate goes up, yield to maturity will go up too. But not the bond price”. Hmmmm πŸ€“

Kerangka Bond dan Strukturnya.

So what is Bond? Gitu soalannya. Normally untuk Bond ni corporate companies yang akan beli-jual. Untuk orang perseorangan jarang-jarang melainkan ada Bond yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sebab it’s risk-free. Bond ni macam fixed deposit juga cuma bezanya dari segi harga beli sekarang murah ke mahal. Upon maturity, akan dapat principal. In between, ada coupon juga. Macam kita beli kereta. Lepas tu tambah dengan accessories. Coupon adalah accessories yang akan menambah harga pada Bond itself 😊

Untuk tahu berapa harga sekarang atau Present Value pada Bond, harus ambil PAR (future value) dibahagikan dengan (1+ R) darab dengan tenure of Yield to Maturity. Ya kalau imagine sahaja agak sukar untuk faham. Kena letak pada kertas, tekan calculator dan kira 😊 Agaknya, macam tu jugalah hidup ni. Nak tahu apa yg perlu dibuat sekarang adalah dengan merancang masa depan dengan baik. Kena tahu apa yang nak dibuat pada masa depan. Dan letakkan berapa lama masa yang akan diambil untuk capai cita-cita tersebut. So kita boleh agak pada masa sekarang sudah harus berada pada tahap mana😊 Ada perkara yang kita suka tapi mungkin tidak baik untuk masa depan, itulah pengorbanan yang harus ditinggalkan. But it’s ok. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Usaha, doa dan tawakal. Moga yang baik-baik aja menanti di depan πŸ€—

Untuk Ramadhan yang berbaki 5 hari sahaja lagi, ambillah masa emas yang kita ada untuk maksimakan ibadah. Bangun solat malam. Doa dan teruskan melazimi Quran. Dan tafsirnya. Trust me, atas setiap persoalan yang ada, Allah memberikan jawapan yang terbaik dengan Al-Quran. Itu yang saya dapat dan rasa. Allah jawab secara terus dan sangat menenangkan. Bahawa masa depan, hanya Allah yang tentukan. Jalan terus, untuk ummah yang memerlukan.

Posted in Latest News

Tulus Angin Eropah Tengah – Prague

Alhamdulillah. Hari ini cuti. Boleh bersenang-senang sambil siapkan kerja rumah yang tak pernah siap itu 🀣

Prague. Juga dikenali sebagai Praha dalam bahasa tempatan. Prague merupakan ibu kota Republic Czech. Penuh dengan seni bina lama, turun- temurun yang dijaga dengan baik. Dari Munich untuk sampai ke Prague mengambil masa selama 5 jam, driving. Perlu ada International Driving License ya. Polis-polis ramai dan selalu rondaan dibuat. Prague menggunakan matawang Koruna @ Crown. €1 bersamaan 25 Koruna. Jenuh kira 😊 Barang-barangnya juga lebih murah berbanding di Munich dan Austria. Harus membeli belah di sinj ya 😊

Di Prague, makanan kegemaran rakyat sini adalah sejenis roti yang dipanggil Trdelnik. Sedap. Ada pelbagai perisa. Macam pretzel putar lebih kurang 😊

Makanan halal pun banyak. Jangan risau. Usai Asar, terus menuju ke Pusat Bandar Prague. Berdekatan dengan Charles Bridge. Sunset di sini Subhanallah terlalu cantik. Dengan Swan yang memutih, memanggil2 saja untuk stay dengan lebih lama.

Dah habis melambai-lambai Swan, kami teruskan perjalanan ke Charles Bridge dan kawasan sekitar. Fridge magnet juga sangat murah sekitar €2-3 sahaja. Terus beli ok jangan fikir-fikir lagi 😊

Charles Bridge wajib pergi waktu malam ok.. sangat cantik. Kalau siang dah tak ada lampu-lampu tapi masih cantik juga. Orang- orang Prague agak ramah. Tidak sombong dan boleh berkomunikasi dalam English walaupun tidak berapa fasih. Deutsch atau bahasa Jerman digunakan dengan meluas. Kami juga tak lepaskan peluang menghayati sejarah perjuangan Kota Prague. Prague Castle merupakan istana yang popular dikunjungi pelancong. Harus beratur terlebih dahulu dan melepasi kawalan sekuriti yang agak ketat. Macam di airport 😊

Kalau lapar, banyak gerai-gerai yang menjual fresh fruits, trdelnik dan jus segar. Ada kedai muslim juga tu 😊 Cuaca di Prague ketika ini sejuk dan berangin. Ya muka telah mula membengkak dengan jayanya 😊 Di atas Charles Bridge juga ada banyak band yang membuat persembahan. Antaranya dari kalangan musician yang sedang high 🀣 Tapi sedap juga musicnya walaupun pelik. Kasut harus selesa sebab akan banyak berjalan. Kalau kasut tak best memang akan cranky sepanjang jalan. Semestinya Timberland memang terbaik πŸ‘

Ok, sampai datang lagi mood rajin untuk update permusafiran ke Eropah Tengah! P

Posted in Latest News

Tulus angin Eropah Tengah – Episod Satu

Alhamdulillah. Sudah lebih 2 bulan pulang dari Eropah Tengah. Tulus anginnya masih terasa. Barangkali sejuk yang kering menyebabkan rengsa kulit luar biasa kesannya. Tapi tak apa. Untuk satu pengalaman, yang akan dikenang sampai akhir nyawa 😊 Germany – Prague – Vienna aku datang!!

KUL – ABU DHABI – MÜNCHEN, 30.3.2018

Kami memilih penerbangan petang. Sekitar 4.30 pm. Memandangkan tiket Emirates agak mahal, maka terpaksalah ambil Etihad. Jauh bezanya dengan Emirates 😊 Terutamanya dari segi keluasan seat dan saiz kapal terbangnya. Emirates jauh lebih besar dan selesa 😊 8 jam perjalanan untuk tiba ke Abu Dhabi. Rehat sebentar dan berjalan-jalan sekitar airport. Ramai. Tapi tidak seramai airport Dubai. Perjalanan diteruskan hampir 5 jam kemudiannya ke München, Deutschland. Nama komersial München adalah Munich. Deutschland pula lebih dikenali sebagai Germany.

Nampak tak? Disambut oleh Auto Bavaria – Beemers 😊 BMW gitu. Munich adalah the capital of Bavaria State. Maka tidak hairanlah seni binanya sangat menekankan sejarah-sejarah lama. Standard Germany, kereta-kereta di jalanraya range dari Audi, BMW, Mercedes, Vokswagen etc. Sekali pecut hanya tinggalkan angin berlalu 😊

Kami memilih untuk tinggal di kawasan kampung-kampung. Ferienwohnungen Lerchl, Dachau. Ok nama tempat di sini memang panjang-panjang. Hampir tidak boleh disebut tanpa gunakan otak kanan 🀣 Di sini punyai banyak feed lot kuda. Baka yang diambil terbaik dari seluruh dunia. Kuda-kuda juga dilatih menggunakan machine sehingga jinak dan boleh berjalan dengan sendirinya. MasyaAllah, binatang- binatang di sini sangat dimuliakan. Dilayan seperti keluarga. Tempat yang selesa malahan tiada kejadian pukul, libas dan apa jua bentuk latihan yang boleh datangkan kecederaan.

Nampak kan betapa luas setiap feed lot. Saujana mata memandang. Macam tanam padi 😊

Kenderaan awamnya super efficient. Jarang ada kejadian terlewat hatta satu minit sekalipun.

Yang menariknya di Germany, hampir kebanyakan aktiviti seharian disokong oleh machine yang hebat. Toilet pun cuci sendiri 😊

Kalau haus, jus buah-buahan ada di mana-mana. Bayar di kaunter dan self service ya 😊 100% dari jus orange. Tak dicampur walau setitis air biasa. Makanan? Tak susah. Di Germany banyak makanan halal cuma kami lebih selesa memasak pada mulanya. Dah bawa bekal siap2 dari Malaysia. Brahim sangat membantu 😊

Dinding-dinding sekitar Munich juga sangat menarik. Tiba-tiba ada akar yang menjalar. Ya kalau tumbuh di Malaysia haruslah seram 🀣

Germany, sebagai sebuah negara harus diletakkan dalam peta utk disinggah dan diambil ibrahnya. Orang-orangnya tidak sombong. Walaupun beer umpama air teh di sini, orang-orangnya tidaklah mabuk secara berbahaya. Mabuk kecil-kecilan yang tidak mencederakan orang lain 😊 Cuma lebih baik jauhkan diri dan jangan ditenung orang yang mabuk tu!

Cukup dahulu untuk episod satu, Germany. Hari pertama belum menunjukkan rengsa kulit yang luar biasa. Wajah pula masih kelihatan biasa-biasa walaupun sudah mula membengkak. Walaupun sudah vaccinate sewajarnya dan bekalan ubatan ada sepanjang masa, rengsa kulit masih juga muncul. Kenangan 😊