Posted in Latest News

Covid-19 dan Ayden

2/1/2021 – Hari ke 8 di Wad H1, Hospital Sultanah Bahiyah.

Dah hampir 2 jam cuba tidurkan baby Ayden akhirnya Alhamdulillah tidur jua. Sedih episod CoVid ni bukan sebab sakitnya CoVid. Tapi perpisahan dan jauh mana dia bawa kita pergi. CoVid tidak sakit sebenarnya. Yang sakitnya adalah berjauhan. Anak terpisah dengan ibu. Mak terpisah dengan anak. Tok terpisah dengan cucu. Allah saja yang tahu.

Kalau yang masih bujang pun hanya mampu menangis bila baby menangis, apa lagi ibunya di Sg Buloh sana.

Ya Allah, biarlah kami discaj pada hari yang sama. Jangan aku dulu Ya Allah. Biar daku, Ayden dan Aishah. Aminn.

Posted in Latest News

Tuai padi antara masak.

Begitulah. Tiba2 rindu angin Paris dan Switzerland. Germany juga. Iceland tak berapa sangat πŸ˜‚ Nak bersesat-sesat dengan kawan2. Hahhaa sis paling tak reti nak baca map. Kalau kena tugas tu memang episod sesat barat kena kecam dengan netizen akan berlaku πŸ˜‚

If Vienna is a girl, I would describe her as classy and cringe ❀️

Sis tak berapa nak adventurous sangat bab makan. Konsep yang mentah macam keturunan sushi, smoked salmon dan segala jenisnya, oyster etc semua tak boleh telan. Pernah cuba makan caviar woww berlaut kita kat situ jugak πŸ˜‚

So jalan selamat bila travel makan yang bergoreng, grill dan fish and chips πŸ˜‚πŸ˜‚ Memang menu yang sama ja sis tak boring. I can live with that seriously sampai balik Malaya πŸ˜†

Pantai Pandawa, Bali

2020 dan sehingga tahun-tahun selepas ni, mungkin hanya mampu mengenang. Sebab Covid belum tunjukkan tanda nak reda. Sebetulnya, Covid ni pun sis rasa 1 Rahmat yang besar. Sebab covid datang perlahankan semua aktiviti dan masa yang sangat2 pantas berlalu. Well at least for me. Kejap2 dah setahun. Kejap2 dah setahun. Bila covid muncul, tiba2 dapat rehat dan susun balik banyak jadual hidup. Syukur tak terkejar2 ke sana sini. Cuma nak Biasakan dengan queue yang panjang saja di mana2.

After all, selagi belum dapat travel ni, keraplah kita balik ke kampung jumpa mak ayah. Rindu yang selalu dan tak kan pernah habis walaupun kita balik setiap minggu πŸ˜†

Posted in Latest News

Surat untuk masa depan.

I am supposed to write a letter to myself every 5 years.. Tapi dah terlepas banyak tahun ni sebab blog lama tak dapat recoverΒ  πŸ˜… Ruginya tak dapat nak baca balik πŸ˜₯

Ok lah tahun ni start balik.

To a-39-year-old me,

Setahun lagi nak masuk 40 tahun. Dah habis ke bayar semua hutang2 dalam hidup tuu? Rumah, cards etc. You are supposed to live in debt-free moment by this age. You’ve made a promise to yourself k. Remember that. Have you build your own well? How many waqaf that you’ve developed? How much sadaqah you’ve given to the ummah? Masa dah singkat sebab dah nak masuk 40s. If by the time you read this but you have yet to achieve all of the above, please know that a-34-year-old you will be so frustrated and not happy with your current situation.

Agak2, dah jauh mana berjalan tu? Covid dah betul2 habis kah? How’s Mama and Baba doing? Have you take a good care of both of them?

Kalau ada rezeki you’ve completed half of the deen by now, please don’t forget to thank Allah each and everyday. For He has answered your prayers. For He has listened to all your late night du’aa. For He, the Almighty has completed half of your deen. The question that you should ask yourself now, have you sufficiently be grateful and honour all the promises that you’ve made before Him? Have you?

Have you completed your M.Sc by now? Woww kalau dah habis memang kena belanja diri sendiri πŸ˜… Banyak yang you dah lalui dalam hidup ni. Kalau belum, hari ni jugak kena register. Habiskan jugak sayang tak di kejar ilmu yang datang.

Honestly, tak boleh bayang lagi 5 tahun ni ada di mana. Dah tukar kerja ke belum. Dah haji ke belum. Dah kahwin ke belum eh πŸ˜‚πŸ˜‚ Harap-harapnya, dah jumpa lah apa yang di cari dalam hidup pada umur ni. Dah betul2 kuat foundationnya. Dan tak patah balik lagi.

Till then, panjang umur, I’ll see you in the next 5 years InsyaAllah 🌹

Posted in Latest News

Cahaya di Langit Bergen.

Woww satu hari dah 4 entries πŸ˜… Harap rajin la menulis lepas ni. Dah banyak kenangan tertinggal ni. Tak recordkan 😒

Bergen, Norway.

Siapa la yang tak happy kalau datang Scandinavian countries kan. Semua benda tertib dan teratur. Tak bising. Tak ada orang nak jerit-jerit. Tak ada hon sangat. Ya begitu level ketenangan yang kita cari πŸ˜‚

Bergen ni pun sis ikut sahabat melawat sahabatnya yang kemudian jadi sahabat sis juga. Aiman dan Fareez. Bergen ni bandar sederhana besar di Norway. Orang kata barang mahal. Tapi sis tak nampak pula mahal kat mana πŸ˜… Cuma air mineral RM12 standard harga macam Iceland dulu. Sini guna currency Norwegian Krone. Ada bahasa sendiri. Nordic language. Sis ingat satu perkataan sahaja. Takk. Ni maksudnya terima kasih 😊

Sahabat kami, Fareez fluent cakap nordic ni. Memang dah macam mother tongue. But they can speak in English juga cuma lebih senang berbahasa ibunda. So Fareez and Aiman jadi tour guide di sana. Sempat la cycling (what is this men can’t believe I completed cycling for god- knows-how-long πŸ˜‚). Tak pernah sis cycling yang guna basikal ada gear2 tu. Then naik cruise dan lepak di bukit Bergen. Dah tak ingat nama bukit tu tapi cantik.

Cycling di Flam. Cantikkkk
Ni kawan sis, Mira.
Sis, Fareez, Mira and Aiman ❀️

Fareez la yang ajar sis cycling tu. Dia ikut dekat2 ya lah kalau jauh kang pergi berempat balik bertiga πŸ˜‚ Dah sudah tobat tak mau cycling dah 🀣 Memang not my forte but yet fun and the views are to die for.

Bergen ni banyak buildings yang cantik. Senget2 pun cantik. Artistic katanya.

Bryggen, a must visit place if you go to Bergen.
Tunggu awak. Lama sangat nak muncul pun πŸ˜‚

Bergen ni all in all is a nice place to visit. Mall semua centralized di town. Dan harga barang serius tak mahal. Tapi jangan la expect murah macam kedai DIY ka DAISO ka. Affordable lah I would say. Tak ada tragedi yang pelik2 kecuali sis kena attack angin perut sebab makan bayam merah πŸ˜… Rugi sehari tak dapat keluar kena duduk rumah πŸ˜…

Dan sampai situ sajalah Bergen dan sis. Moga panjang la jodoh kita eh 🀣🀣

Posted in Latest News

Sepetang di langit London.

Ini pun entry tertangguh. London-Bergen trip last year. Dah genap setahun rupanya. Bagus juga tak ada socmed ni boleh focus blog pula.

London, yang masih sama vibenya. Menggembirakan. Sebenarnya trip kali ni lebih kepada impromptu. Tak plan langsung. Sebab salah seorang sahabat baik dah nak habis PhD. Perlu hadir untuk viva. Sis memang tak tahan pujuk rayu keduniaan ni πŸ˜… Terus beli tiket dan terbang. Celik2 dah sampai depan rumah beliau. Hahaha nak harapkan sis yang study kat overseas memang tidak yah. Homesick teruk πŸ˜‚

Sis pun sementara tunggu kawan sis habiskan study saat akhir beliau, sempat la buat lawatan balas ke Harrods and the gang. Konsepnya awal2 pegi ni kita beli siap2 souvenirs untuk families and friends. Sebab lepas tu dah boleh tenang2 enjoy holiday 😊

Yang best bila travel ni kita jumpa ramai kawan-kawan baru. Drive ke Oxford, Bath, Stonehenge etc. Ok la driving level rileks2 jah tiada speeding. Singgah makan Sally Luns Buns. Sambil dengar dak2 PhD ni sembang pasal Hamzah Tsorzis etc πŸ˜… At this age, conversation kita dengan kawan-kawan dah naik level lain. Level boleh agree to disagree. And we don’t simply enter into any argument. Level of thinking pun berkembang. Seronok la tak sembang2 kosong πŸ˜‚

Continue reading “Sepetang di langit London.”
Posted in Latest News

Tamat sebentar..

Today is the first day sis deactivate social media. Fuh dia punya withdrawal symptom tu boleh pergi jauh πŸ˜‚ Sis decide nak detox jap sebab tu deactivate. Nak focus pada hidup realiti katanyahh. Bukan apa, sis perasan bila banyak masa di socmed ni, sis dok skodeng artis korea banyak sangat. Lepas tu rasa down sebab kulit tak licin macam depa πŸ˜‚

Tengok Song Hye Kyo, Song Ji Hyo Allahuu kulit macam tak pernah naik jerawat. Dan tak makan tua oii. Umur dah 40an. Lama2 jadi obses nak ada kulit macam tu jugak πŸ˜‚ So paham dak kesan artis korea pada poket dan gaji bulanan sis 🀣 Ulang 100x pun impress lagi. Saranghae sungguh 🌹

Plus, rasa nak fokus pada exam juga. Nak kena habiskan cepat2 kalau tak nak drop out. Begitu kehidupan sis dengan buku2 ni πŸ˜‚ Ada kawan ajak sambung Master. Sis pun tengok ja kawan tu lama2. Cukup sekadar memandang dan dia pun tak offer dah lepas tu πŸ˜‚πŸ˜‚ Psiko katanya πŸ˜†

One more reason sis deactivate sebab nak cuba jalani hidup macam dulu2. Where I don’t have obligations to myself nak kena haplod gambar, video etc. Hahaha socmed ni addicted nak upload macam2. Jadi kenangan katanya. Cuma bila sis rasa dah macam ter over share, kena step back, rest and re evaluate the actions. Gitu konsep muhasabah diri πŸ˜‚ Kadang2 masa balik kampung, masa nak sembang dengan parents pun dok main handphone lagi. Apo laaa kita ni. Kesian parents dah lama sekali sekala jumpa kita 😒

So itu lah sebabnya I decided to deactivate for a while.

Sampai gelora itu reda.

Sampai matahari tak lagi bohong pada siang juga.

Posted in Latest News

Episod Covid 19

2020 ni memang penuh dengan surprise. Who thought that kita mula tahun dengan kena MCO πŸ˜‚ Belajar duduk rumah tak ke mana. Belajar masak. Belajar sabar dalam queue. Belajar cara membeli sayur dan haiwan2 dengan sendiri πŸ˜‚

Ya part pilih sayur memang mencabar. Sebab daun-daun nampak semua sama. Dan bau pun lebih kurang πŸ˜‚ Nak pula kita membeli dengan geng2 ketua rumah yang lebih kurang ja knowledge bab daun2 ni πŸ˜‚ Kenangan sungguh.

Then standby tepi tingkap dengan harapan askar lalu πŸ˜‚ Perasan la askar Malaya macam Captain Ri tu Hahaha mimpiiii πŸ˜… Yang sis jumpa on the way ke office Allahu sekeping sungguh πŸ˜‚ Tapi semangat tinggi tu. Punya garang minta surat kebenaran bekerja. Jalan raya sunyi. Dan bermula lah episod meeting pun guna Microsoft Teams. Yang pakat2 baru nak install. Hahaha dengan tersalah setting keluar gambar sendiri. Macam2.

At the end of the day, covid 19 banyak ajar sis lebih bersyukur atas nikmat bebas dan kasih sayang. Ya lah raya kat KL dengan housemate dan kawan2. First time dalam hidup πŸ˜‚ Syahdu la masa dengar takbir raya. Episod Saling memandang dengan pandangan sepi dan sayu πŸ˜… Kuih raya pun malas nak beli sebab sedih hahha. Tapi baju raya tetap ons.

Kenangan sungguh. Simpan sini untuk masa depan. Nanti, bila2 senang nak baca balik apa jadi masa 2020, dah ada cerita ni πŸ˜‚

Cepat la habis Covid. Dah gatai kaki nak jalan niii 🌹

Posted in Latest News

Dan selepas setahun setengah..

Assalamu’alaikum.

Punya la lama tak masuk sini πŸ˜… Dah berhabuk rasanya blog ku yg damai ni. Apa khabar agaknya masa depan. Dah sampai tahun 2020 kita ni. Tiba2 rajin pula nak view tulisan2 lama. Woww dari bahasa yg sangat tidak matang yah sehingga sedap lah sikit tulisan kita ni dah berubah πŸ˜‚

Nanti lah bila2 rajin dan ada masa kita update kehidupan zaman 2020. Walaupun masih belum ada kereta terbang, boleh la nak dijadikan kenangan dengan apa yang ada πŸ˜‚

Till then. Sayonara

Posted in Latest News

β€˜Underrated’nya Sri Lanka.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, baru sahaja pulang dari Sri Lanka. Menjadikan permusafiran yang entah ke berapa 🀣 Tahu-tahu saja sudah mendarat di Bandaralaike Airport, Colombo. Secara jujurnya, aku tidak pernah menyangka Sri Lanka punya 1001 ‘surprise’ dalam diam. Entahlah, mungkin kerana sering menganggap Sri Lanka serupa India. Sungguh, tidak sama sekali keadaannya. Tapi awas, harga barang memang mahal. Mungkin disebabkan kadar inflasi yang menggila.

Mendarat saja di Colombo, aku dan rakan2 terus bertolak ke Kandy. Lebih kurang 4 jam perjalanan. Uishh penatnya Allah saja yang tahu. Singgah di Sigiriya untuk saksikan The Lion’s Rock. Ya, batu ini sangat terkenal dengan bermacam2 cerita.

RM1 = 40LKR. USD juga diterima secara meluas.

Haruslah aku tak naik sampai ke atas 🀣 Hanya separuh pendakian sahaja terus turun. Ajaibnya, bila mereka bertanya kami dari mana dan dijawab Malaysia, semua menyatakan “Ohhh Mahathir Mohamad”. Ok kau nampak tak betapa proudnya i ols nak flip tudung di situ 🀣 Tak murah chuols. Kena bayar 35USD. Then masuk ke kampung2 saja nak merasa pengalaman naik kereta lembu, tuk-tuk dan perahu 😊 Bayarannya 35USD jua.

Sri Lanka terkenal dengan teratainya. Ke mana-mana saja teratai tumbuh mekar. Dan buat pertama kali jua aku makan makanan yang disediakan dengan tangan sepenuhnya tanpa dapur gas, blender, air fryer atau apa saja alat elektrik yang lain. So faham2 sajalah roti tu diuli tahap mana 🀣🀣 Ajaibnya, perut masih selesa. Tak menunjukkan tanda2 kecederaan. Berkat Bismillah lettew 😊 Aku menyangka rata-rata mereka akan memakai sari. Salah rupanya. Pakaian mereka biasa2 sahaja. Casual. Mungkin yang kerja di kedai2 tourism dan pekerja kerajaan yang rajin memakai sari. Harganya tak murah ya 😊

Hehe sempat juga bergambar dengan budak2 sekolah sini. Dushhh macam Cikgu Murni pulakkk 🀣 Tapi dik asal sedih nau expression chuols??? 🀣

Maafkan tudung sis yang ke laut dalam itu 🀣Walaupun hari pertama pin tudung 2 dah hilang 🀣 Ini Mr Sanji. Punya kedai perabot dan bahan2 berasaskan kayu. Banyak patung2 jua. Ok ceritanya sebab dah nak masuk maghrib dan kami rushing cari tempat solat, Mr Sanji dengan baik hatinya pinjamkan ruang dalam kedai. Apalagi terus wudhuk dan usolli dengan tenangnya 😊 Usai solat alang2 dah sampai kedai kayu terus mintak dia ceritakan dengan lebih details. Ya warna2 yang ada ditopeng belakang sis tu juga menggunakan warna dari kulit pokok Patanggi aka Rainbow wood. Magic dohhhh campur2 lemon jadi kuning la, purple la, biru la macam2.

Untuk Mama, sis beli pinggan yang dibuat dari Cinnamon stick. Batang pokok kulit kayu manis. Ya benar. Apalah arti Sri Lanka tanpa Kulit Kayu Manisnya 😊 Pinggan pun bau wangi. 5000LKR = RM100++. Demi Mama redah sajalah swipe kad 🀣

Lepas habis di kedai perabot, teruslah kami menyambung perjalanan ke Kandy. Penat memang tak hengat dunia. Terus flat dalam van 😊 Ok nanti rajin sambung cerita lagi…

To be continued…

Posted in Latest News

Pulang yang dinanti.

Assalamu’alaikum.

Hari ini, berakhir sudah hari2 Tasyriq 1439H. Moga panjanglah umurnya untuk sampai ke tahun depan semula. Kegembiraan hari raya disambut jua dengan hiba. Ajaibnya, baru semalam sedang bercerita dengan Baba. Betapa kandanya sangat kuat dari segi fizikal dan akhlaknya. Pak Tam yang dirindui. Dan tiba2 keesokan harinya, kami terima khabar beliau sudah dulu kembali pada Tuhan.

Jujur, aku tidak pernah melihat kematian yang sebegitu mudah. Mama sempat melawat dan bercerita dengan Pak Tam. Masih pagi dan redup. Nafasnya sudah nampak turun-naik. Tapi masih mampu bergerak, mandi dan membersihkan diri. Usai Zohor, Baba sampai. Tapi hela nafas sudah berakhir. Aku apatah lagi. Masih di jalan raya. Hibanya, Allah saja yang tahu. Sempat aku kucup hening dahinya. Perginya pada hari Jumaat. Sempat mandi dan bersihkan diri. Terus anak cucu uruskan solat, mandi dan kafankan. Dikebumi selepas Solat Asar. Hanya berselang 1 waktu solat sahaja.

Aku tidak pernah kenal dengan mana-mana sosok manusia yang terlalu cintakan haiwan sepertinya. Segala jenis kambing, lembu, kucing, burung, ikan, ayam, itik dan angsa. Penuh halaman rumah dengan haiwan-haiwan yang itu.

Ralatnya, antara perkara terakhir yang disebut adalah kamu berasa jauh dengan aku dan kakak2 yang lain. Kerana tak datang berhari raya. Katamu, makin jauh. MasyaAllah sumpah Pak Tam. Aku yang salah. Maaf sangat-sangat. Aku selalu tak terfikirkanmu dalam banyak perkara. Keluargamu tak pernah meminta-minta, hidup apa adanya. Dengan besarnya jiwa. Salah aku Pak Tam. Aku sahaja yang tak cukup luangkan masa dengan kamu. Tak pernah aku bawakan selipar dan kemeja yang baru. Dan Allah tahu hiba itu aku bawa sampai mati. Sampai mati. Aku ada segunung bahkan mungkin seluas langit sesal yang ada. Sampai ke hari ini aku masih gagal mencari logik kenapa aku tak lakukan segalanya ketika kamu masih hidup. Sedangkan kamulah abang yang paling Baba sayang. Paling rapat dan paling selalu ada dalam semuanya. Aku sakit, kamu yang ubatkan. Kamu, Pak Tam. Allah, sakitnya dalam hati Allah saja yang tahu. Moga Allah ampunkan aku Pak Tam. Atas gagalnya aku menjadi anak saudara yang baik. Bergunung buku yang dibaca, tapi akhirnya tak mampu jua menjadi yang terbaik buat kamu. Aku yang salah Pak Tam. Aku.

Aku rindu kamu Pak Tam. Dan aku akan ada rindu yang tak akan jumpa penghujungnya. Moga Allah ampunkan segala dosa2mu dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Aku tahu kamu sudah gembira di sana. Mudah sekali urusan pulangmu wahai ayah saudaraku. Berehatlah, di negeri yang abadi. Berehatlah. Kerana aku tahu kamu sudah cukup penat berjuang untuk hidup. Lelahmu, Allah saja yang tahu. Tak pernah kau tunjuk pada siapa-siapa. Hatta aku. Senyum sahaja. Dan segala luka di hatimu, Allah jua yang tahu. Aku menyaksikan sendiri, janji Allah yang benar.

Kamu, adalah salah satu nikmat betapa baiknya Tuhan pada aku.